Perkara yang kita lakukan setiap
hari termasuk dalam pekerjaan terangkum dalam ungkapan wasiat Nabi Muhammad
S.A.W yang bernama ISTIQAMAH…Ia bermaksud teguh di atas jalan yang lurus
sebagaimana kata Saidina Umar R.A bahawa Istiqamah adalah berdiri mematuhi suruhan
dan menjauhi larangan Allah tanpa berubah-ubah (tetap).
Istiqamah dalam Islam merangkumi
skop yang universal dan ini termasuk dalam aspek melakukan sesuatu pekerjaan
atau perkhidmatan. Istiqamah dalam melakukan kerja ibarat kehidupan semut. Mengapakah
istiqamah semut berperanan besar dalam menuju kejayaan??




Keajaiban dan Fakta Menarik Tentang Semut
1. Semut mempunyai 500 000 sel saraf yang termuat dalam 2 atau 3 milimeter
tubuh mereka. (Harun Yahya)
2. Semut berkomunikasi dengan isyarat kimiawi iaitu semiokemikal zat kimia yang
digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi.
3. Semut yang paling berbahaya adalah semut bulldog hitam dari Australia,
bisanya mampu membunuh manusia.
4. Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu
juta bagi setiap orang.
Sumber: majalah NUR edisi MAC
Saturday, 16 February 2013
Posted in |
Dakwah
|
0 Comments »
One Responses to "Contohi Istiqamah Semut.."