Syurga lah tempat mereka..

LAHAD DATU: Dua komando polis  terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini pada Jumaat.Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

Dalam Berita Terkini TV3 tadi dah mengesahkan anggota yang terbunuh. Al-Fatihah buat Insp. Zulkifli dan Srjn Sabaruddin yang terkorban di Lahad Datu dalam misi mempertahankan negara.. Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..
Sedih tengok gambar  Insp. Zulkifli bersama anak-anak beliau yg masih kecil di facebook td..Ya Allah Engkau tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang beriman...


Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat pejuang kita yg telah terkorban & mendoakan keamanan dan kejayaan buat para pejuang negara di Lahad Datu. Diharapkan insiden ini cepat berakhir dan penduduk disana berada di dalam keadaan selamat. .Tak tenteram bila berlaku tembak2 ni….Amin.. .

Saturday, 2 March 2013 Posted in | | 0 Comments »

One Responses to "Al-Fatihah.."

Write a comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers